Tuesday, August 3, 2010

Windows 7 - Starter





Window 7 Starter ini dikeluarkan khas untuk kegunaan PC/Komputer yang mempunyai keupayaan/spesifikasi yang rendah, ataupun yang paling sesuai untuk kegunaan netbook.

Saya telah mengunnakan Windows 7 Starter ini pada netbook (intel Atom dan 1GB DDR3) saya dan setakat ini ianya amat memuaskan walaupun terdapat fungsi-fungsi yang tiada seperti dalam Windows 7 Ultimate, Home, Professional dll. Dan saya pasti kalau ianya digunakan pada PC yang lebih tinggi sikit daripada spesifikasi netbook pasti performance akan lebih laju.

Tetapi kalau anda hanya menggunakan notebook untuk browse internet, berfacebook, twitter, yahoo. messenger, dengar lagu, melihat cerita dan menaip Microsoft Office ia berbaloi jika anda menggunakan Windows 7 Starter ini.

Windows 7 Starter vs Windows 7

1. Visual Style
Ia tidak mempunyai fungsi "personalize" untuk tukar visual style dan sound. Hanya boleh menggunakan default theme sahaja.

Tetapi anda boleh menukarnya dengan menggunakan perisian WindowBlinds dan sebagainya.

2. Tidak boleh tukar Wallpaper
Ya. Anda tidak boleh menukar wallpaper untuk meletakkan gambar kegemaran anda desktop. Dan hanya boleh menggunakan wallpaper seperti di atas.

Jangan risau. Jika anda mahu menukar juga wallpaper itu anda boleh mencuba tools dibawah

3. Tiada fungsi Taksbar Thumbnail pada Superbar
Fungsi ini memudahkan anda membuat grouping program atau folder yang sedang anda buka, memberi thumbnail untuk memudahkan akses dan aero peek untuk melihat pada dekstop.

Windows 7 Starter tiada fungsi ini dan yang anda cuma fungsi pinned and grouping.


-my.IT


0 comments:

Post a Comment