Thursday, August 19, 2010

Windows Phone 7

Alloooo…pada entri kali ini saya ingin berbicara tentang Window Phone 7. Microsoft telah mengumumkan pendatang baru dalam siri platform Windows Mobile nya iaitu Windows Phone 7 ataupun ada yang memanggilnya Windows Mobile 7.

Dalam Windows Phone 7 ini, Microsoft akan memperkenalkan Xbox LIVE games dan juga Zune music dan ianya khas untuk Window Phone 7 series.

Kandungan dalam Window Phone 7 Series baru ini di susun dalam susunan yang berkonsepkan seperti “hub” yang meliputi iaitu People, Pictures, Games, MarketPlace, Music+Video dan Office.

Jadi, sesiapa yang berminat bolehlah melakukan survey dikeda-kedai handphone berdekatan anda yang ada menjualnya dan boleh juga melihat reviewnya di Youtube.

-my.IT


Tuesday, August 3, 2010

Windows 7 - Starter





Window 7 Starter ini dikeluarkan khas untuk kegunaan PC/Komputer yang mempunyai keupayaan/spesifikasi yang rendah, ataupun yang paling sesuai untuk kegunaan netbook.

Saya telah mengunnakan Windows 7 Starter ini pada netbook (intel Atom dan 1GB DDR3) saya dan setakat ini ianya amat memuaskan walaupun terdapat fungsi-fungsi yang tiada seperti dalam Windows 7 Ultimate, Home, Professional dll. Dan saya pasti kalau ianya digunakan pada PC yang lebih tinggi sikit daripada spesifikasi netbook pasti performance akan lebih laju.

Tetapi kalau anda hanya menggunakan notebook untuk browse internet, berfacebook, twitter, yahoo. messenger, dengar lagu, melihat cerita dan menaip Microsoft Office ia berbaloi jika anda menggunakan Windows 7 Starter ini.

Windows 7 Starter vs Windows 7

1. Visual Style
Ia tidak mempunyai fungsi "personalize" untuk tukar visual style dan sound. Hanya boleh menggunakan default theme sahaja.

Tetapi anda boleh menukarnya dengan menggunakan perisian WindowBlinds dan sebagainya.

2. Tidak boleh tukar Wallpaper
Ya. Anda tidak boleh menukar wallpaper untuk meletakkan gambar kegemaran anda desktop. Dan hanya boleh menggunakan wallpaper seperti di atas.

Jangan risau. Jika anda mahu menukar juga wallpaper itu anda boleh mencuba tools dibawah

3. Tiada fungsi Taksbar Thumbnail pada Superbar
Fungsi ini memudahkan anda membuat grouping program atau folder yang sedang anda buka, memberi thumbnail untuk memudahkan akses dan aero peek untuk melihat pada dekstop.

Windows 7 Starter tiada fungsi ini dan yang anda cuma fungsi pinned and grouping.


-my.IT


Monday, August 2, 2010

LG R590 3D Notebook



Bayangkan anda dapat menonton cerita dalam bentuk 3-D, bukan pada 3-D TV anda tetapi pada notebook anda! Ya. Dengan Notebook LG R590 3D Notebook dan sepasang cermin mata 3D nya anda dapat merasai kehebatan 3D itu.

LG baru sahaja mengumumkan LG R590 3D ini dan ia dilengkapi dengan sepasang cermin mata 3D. Notebook ini adalah 3D version kepada notebook versi R590. Notebook ini mempunyai skrin bersaiz 15.6 inch dan dikuasakan oleh Intel Core i7 processor dengan pemproses graifk NVIDIA GeForce GT225M 1GB DDR3 video memory. Notebook ini juga mempunyai ciri audio terbaru iaitu SRS Tru-Surround HD untuk pengalaman bunyi 3D yang lebih mengasyikkan.

Silalah berkunjung ke kedai berhampiran anda untuk melihat dan mencuba model notebook terbaru dari LG ini.

-my.IT

Sunday, August 1, 2010

Blackberry – Plan Prabayar Blackberry di Malaysia

Anda mahu menggunakan Blackberry tapi tak mahu terikat dengan kontrak? Atau anda hanya menggunakan Blackberry pada waktu tertentu sahaja? Jika anda merupakan peminat Blackberry, mungkin ini merupakan berita gembira buat anda. Berita yang di maksudkan ialah terdapat prabayar (prepaid) untuk menggunakan servis Blackberry.

Mari kita lihat pakej- pakej prepaid harian Blackberry yang terdapat di Malaysia setakat ini:

Celcom Xpax Prepaid Blackberry

- RM 1/perday: penggunaan BIS untuk Instant Messaging (IM) tanpa had

- RM 2.50/perday: penggunaan BIS untuk IM dan Web services tanpa had

Digi Prepaid Blackberry

- RM 2/perday

- penggunaan BIS untuk Instant Messaging tanpa had

- penggunaan BIS untuk melayari Web tanpa had

Maxis Hotlink Prepaid Blackberry

- RM 2.50/perday

- penggunaan BIS untuk Instant Messaging tanpa had

- penggunaan BIS untuk melayari Web tanpa had

Hmm, kepada peminat Blackberry. Apa pendapat kalian?? Mana satu pakej pilihan anda? Untuk info yang lebih lengkap silalah anda melayari laman web rasmi syarikat-syarikat mobile tersebut.

-my.IT


Apple iPhone 4 di Malaysia?

Kepada peminat iPhone, pasti anda teruja untuk memiliki latest iPhone yang dikeluarkan oleh Apple. Ya, iPhone sekarang telah menjadi satu trend di kalangan rakyat malaysia. Berbanding pada satu masa dahulu, untuk melihat iPhone digunakan oleh rakyat malaysia, amat susah sekali. Tetapi sekarang, penggunaan iPhone sudah menjadi perkara biasa di Malaysia. Even makcik pun pakai iphone sekarang ni. Terima Kasih atas maxis yang telah memperkenalkan pakej iPhone nya yang memudahkan peminat iPhone mendapatkan phone ini. Bagi iPhone 4 ini, Digi akan membawanya ke Malaysia. Untuk maklumat lanjut bolehlah anda berkunjung ke website Digi.

-my.IT

Thursday, July 29, 2010

3D LENS untuk Panasonic Lumix G-series


Kepada peminat kamera digital DSLR Panasonic Lumix terdapat berita terbaru bagi anda. Panasonic telah mengeluarkan 3D LENS untuk kamera DSLRnya. Tetapi, hanya pemilik G series sahaja yang berpeluang untuk mencuba 3D lens ini. Setakat yang saya tahu 3D lens ini masih belum berada di pasaran, dan mungkin penghujung tahun ini ia berada di pasaran. Hmm, itu belum tentu sampai di malaysia pada waktu tersebut. Jadi, sesiapa yang ingin menambah koleksi lens anda, sila mengumpul duit untuk mendapatkannya!. Hmm, bagaimana rasanya gambar nanti apabila menggunakan 3D lens. Tidak dapat dibayangkan lagi buat sementara waktu ini.

-my.IT

Pikom PC Fair II 2010


Pikom PC Fair II 2010 sedang berlangsung dan pada sesiapa yang berhajat untuk berkunjung silalah semak tarikh PC Fair di kawasan anda. Saya amat suka pergi ke PC Fair walaupun tidak berhajat untuk membeli apa-apa, just to fill up my interest, heh. Bagi yang berhajat untuk membeli PC, laptop, gadget dan barangan komputer amatlah di galakkan untuk berkunjung ke PC Fair ini. Kerana harganya amat murah berbanding dengan harga pada hari-hari biasa. Selamat berkunjung dan membeli belah.

- my.IT